Make your own free website on Tripod.com
Daeng Semur ( Makanan Bajau-Petagas)

Bahan-Bahan :

  • 1 kg Ikan Tenggiri
  • 1 cawan kelapa parut (digoreng sehingga ke kuningan dan ditumbuk halus)
  • 1 cawan santan (diperah dari 1/2 kelapa parut)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 bawang merah
  • 10g lengkuas
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk jintan hitam
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 inci kayu manis
  • 1 kuntum cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 cili merah (dihiris)
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil minyak masak
  • Cara Menyediakan :

    Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang dipotong hingga wangi. Masukkan jintan hitam, jintan putih, bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Goreng diatas api sederhana selama beberapa minit sebelum mencampur santan, gula, garam dan air asam jawa. Biarkan mendidih selama 2 minit. Campurkan ikan, kelapa parut yang digoreng, cili dan bahan perasa. Masak sehingga kering. Kemudian keluarkan dan hias dengan bawang goreng