Make your own free website on Tripod.com
Hinava Tingii - Tongiri

Bahan-Bahan :

  • 2 ½ kati isi ikan tingii (tongiri) yang telah dibuang tulang-tulangnya.
  • 1 ½ cawan jus limau nipis
  • 4 5 camca besar biji bambangan yang telah diparut dan dikeringkan
  • 2 inci peria yang telah dihiris halus (dicuci dengan garam sekali)
  • 4 5 cili merah dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Cara Menyediakan :

    Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaul dengan rata.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

    Perhatian :

    Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.