Make your own free website on Tripod.com
Piaren Ah Manuk ( Makanan Iranun- Kota Belud)

Bahan-Bahan :

  • 1.5kg Ayam (dipotong kepada 8 ketul)
  • 3 cawan Santan (dipecah dari 1 biji kelapa parut)
  • 10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk)
  • 8 cili putih (dibuang biji dan dipotong)
  • 2 batang daun bawang (dipotong kepada 1 inci)
  • 3 batang Serai (dititik)
  • 1 bawang besar
  • 6 sudu besar minyak masak
  • Garam dan bahan perasa
  • Bahan-Bahan yang Ditumbuk :

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci kenyit hidup
  • 10 biji cili merah
  • Cara Menyediakan :

    Panaskan minyak didalam belanja dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut yang ditumbuk. Gaulkan dengan sempurna. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Gaulkan dan biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit. Kemudian bolehlah dihidangkan.